Wednesday, July 2, 2008

Memasak Vs Imam....

Kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT Berapa ramai lelaki boleh jadi imam..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalautidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki

Thursday, June 26, 2008

SiaPA MAhuKan Seribu dinaR??

Bismillahirahmanirahim...

Kerana Seribu Dinar Terdapat dua orang sahabat baik bernama Ahmad dan Muhammad. Mereka berdua sangat rapat bagaikan isi dengan kuku. Apa jua masalah yang Ahmad hadapi, dia akan meminta pandangan sahabatnya,Muhammad,dan begitulah sebaliknya.Pada suatu hari,Ahmad pulang dari universiti setelah mengambil kertas Pathology.Setibanya di rumah,Ahmad mengadu kepada Muhammad dgn berkata."Aku amat kecewa dengan jawapan aku dalam peperiksaan Pathology sebentar tadi.Aku dah bersedia sebegitu lama dan aku juga tak lepas dari memohon rahmatNya agar membantuku di dalam peperiksaan.Tetapi kenapa aku diuji sebegini wahai saudaraku?"kata Ahmad sambil mengeluh.Muhammad dengan tenang menghampiri sahabat baiknya lalu berkata"Saudaraku..ketika kamu buntu dan menerima ujian ingatlah bahawa Sang Pencipta sentiasa bersama dirimu".Lalu Muhammad membacakan sebuah ayat al-Quran dari Surah At-Talak ayat 2-3 yg bermaksud :

"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan(keperluan) nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Lalu Muhammad menyambung katanya "Sahabatku, tahukah kamu apakah panggilan kepada ayat yang aku bacakan tadi dan kenapa dipanggil begitu?". Ahmad menjawab "Ayat ni namanya ayat seribu dinar kan?tapi aku tak tahu pulak kenapa dipanggil ayat seribu dinar".Muhammad menyambung ceritanya "Pada satu hari,satu kaum sedang menaiki sebuah kapal yang besar yang belayar di lautan.Tiba-tiba sesuatu terjadi.Seorang lelaki yang tidak dikenali timbul dan berdiri di atas permukaan air berdekatan kapal tersebut. Dia berkata kepada kaum yang berada di atas kapal itu bahawa terdapat bersamanya sepotong ayat yang harganya seribu dinar. Dia menawarkan kepada sesiapa di kalangan kaum itu untuk membeli ayat itu dengan harga seribu dinar. Seorang lelaki daripada kaum itu menjawab "Ini seribu dinar".Lelaki yang terapung di permukaan air itu berkata kembali "Campakkannya ke laut".Maka duit seribu dinar itu dicampakkan ke laut.Kemudian,lelaki itu membacakan ayat seribu dinar.Kemudian dia berkata "Peliharalah ayat ini dengan sebaiknya".Lelaki yang menerima ayat itu memelihara dan menghafal ayat itu dengan baik.Pada suatu masa,dengan kuasa Penguasa Alam,tiba-tiba kapal yang mereka naiki pecah.Tetapi umur lelaki itu masih panjang.Dia sempat berpaut pada sebatang kayu sambil berkumat-kamit membacakan ayat seribu dinar.Oleh sebab keadaan yang tidak stabil,lelaki tersebut pengsan.Apabila kembali sedar,dia telah terdampar di sebuah pulau asing,yang mana terdapat di dalamnya seorang perempuan yang cantik.Maka dia bertanya kepada perempuan itu.Perempuan itu menjawab "Aku dari negara sekian-sekian,aku telah diculik dan diletakkan di pulau ini.Setiap hari,pada waktu yang sama telah datang seekor jin untuk menggodaku untuk melakukan maksiat,tetapi Allah masih menjaga diriku daripada godaannya".Lelaki tadi berkata kembali "Cuba carikan kepadaku satu tempat persembunyian di mana dia tidak dapat melihatku".Perempuan itu mencari tempat persembunyian kepada lelaki tersebut.Pada waktu yang dikatakan perempuan tersebut,maka datanglah jin daripada laut untuk menggoda perempuan tersebut.Apabila lelaki itu melihat jin tersebut,maka dia membacakan ayat seribu dinar dan dengan kuasa Allah,jin hangus terbakar.Oleh sebab terlalu teruja dengan kejadian tersebut,perempuan tadi memegang tangan lelaki itu kemudian memimpinnya ke dalam sebuah gua yang mana di dalamnya terdapat permata-permata dan mutiara-mutiara yang banyak.Selepas itu,terdapat sebuah kapal besar yang melalui pulau tersebut.Lelaki tadi terus memberi isyarat kepada kapal tersebut untuk menghantar mereka berdua ke tempat asal mereka.Kapal itu faham akan isyarat yang diberikan lelaki tadi dan bersetuju membawa mereka ke tempat asal mereka.Lelaki tadi sempat mengambil setiap permata-permata dan mutiara-mutiara tanpa ditinggalkan sedikit pun.Mereka berdua menaiki kapal besar tersebut dan belayar sehingga sampai di negara perempuan tadi.Akhirnya,mereka berdua selamat bernikah dan lelaki tadi bersama isterinya menjadi orang yang paling kaya di negara tersebut..Setelah selesai bercerita, Muhammad kembali bertanya kepada sahabat karibnya.. "Ya akhi,apakah pengajaran yang kamu boleh ambil daripada kisah ini?".Jawab Ahmad "Terima kasih saudaraku.Sesungguhnya orang yang sentiasa beriman dengan ayat-ayat Allah dan meyakininya,Allah akan sentiasa memberinya jalan keluar dari setiap kesusahan.Aku teringat kisah Ibrahim bin Adham,semoga kita sama-sama boleh mengambil iktibar.Satu hari,Ibrahim bin Adham lalu di sebuah pasar yang ramai orang.Lalu orang ramai berkumpul kepada Ibrahim bin Adham dan bertanya. "Ya Abu Ishak, kami berdoa tetapi kenapa doa kami tidak diterima?. Jawab Ibrahim bin Adham "Kerana hati-hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara :

1.Kamu mengenal Allah,tapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2.Kamu sangka kamu cinta Rasulullah.tapi kamu tak laksanakan sunnahnya.

3.Kamu membaca al-Quran tapi kamu tidak beramal dengannya.

4.Kamu makan daripada nikmat Allah,tapi kamu tak tunaikan hakkesyukuranNya.

5.Kamu kata syaitan itu musuh kamu,tapi kamu tak berusaha melawannya.

6.Kamu kata syurga itu benar,tapi kamu tak beramal untuk ke syurga.

7.Kamu kata neraka itu benar,tapi kamu tak berusaha menjauhinya.

8.Kamu kata mati itu benar,tapi kamu tak bersedia menghadapinya.

9.Apabila kamu bangkit dari tidur,kamu sibuk dengan keaibaan manusia,tapi tapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

10.Kamu pergi mengkafankan orang yang meninggal dunia,tapi kamu tak mengambil iktibar dengannya.

Muhammad berkata "Benar saudaraku.Marilah kita bersama-sama berdoa agar diri kita,ibadat-ibadat kita,doa-doa kita diterima olehNya.Eh,dah masuk waktu Asar.Jom siap-siap pergi solat jemaah kat masjid".Jawab Ahmad "Jom.Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilanNya"...

Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Al-Jawahir Al-Lu'lu'iyah Fi Syarah Arbai'n An-Nawawiyah.

Wednesday, June 25, 2008

Hari Pertama bergelar Auntie

Alhamdulillah, tepat pukul 12.20 tengah hari ini, Along selamat melahirkan seorang baby boy di Glenegal Hospital. Semasa mendapat perkhabaran itu, aku berasa amat2 seronok sebab dah lama mengidam untuk dipanggil begitu. Walaupun ku kini masih lagi di kampus, tapi bahang kegembiran dan keseronokan itu tidak dapatku gambarkan. Hatiku tertanya2 bagaimanakah rupanya baby itu nanti. Harap-harapnya weekend ni aku dapat balik dan melihat si dia...Amin...